Sunday, November 24, 2013

Harijadi Naufal ke 5: 25 November 2013








Sebenarnya aktiviti makan kek sempena harijadi Naufal ke 5 ini diadakan lebih awal dari tarikh kejadian. Ibu beli kek pada 11 November 2013.


hari ni genap umur Naufal 5 tahun. Walau banyak orang ingat Naufal dah 8 tahun.

Setakat ini masih boleh belum bercakap betul. Tapi ada beberapa perkataan yang mudah dah boleh dibaca-semuanya Naufal belajar sendiri dengan menonton TV.

Ada satu benda yang Naufal lebih expert dari ayah dan Opahnya, remote control Astro.
pada suatu hari TV depan ruang tamu tak boleh pasang.gelap je skrinnya. Jenuh opah suruh orang sekeliling pergi baik TV tapi masih tak boleh. Bila Naufal balik dari Penang, masuk rumah, ambik remote control dan terus on TV terpasang seperti biasa.

Masa hanya banyak dihabiskan didepan TV, dan Naufal jarang sangat bergaul dengan kanak-kanak sebaya diluar rumah. Kerana itu Naufal hafal semua adegan filem Pinocchio.


Ada satu persamaan nyata antara Naufal dan Isfahan;kalau pakai kasut mesti pakai terbalik.



No comments: