Sunday, January 5, 2014

Hujung tahun 2013 dan Awal 2014







Selamat tahun baru 2014. Amir Naufal dah 6 tahun.Tahun 2015 Insyallah Naufal akan memulakan persekolahan,darjah 1. Ada setahun lagi untuk mempersiapkan diri di taska.

Ketika ini Naufal masih cakap gibberish lagi. Bila telefon ke Tapah yang disebut hanyalah Astro..............

Tengah Disember ibu bawa Naufal dan Cepaan pi Hari keluarga di Port Dickson. Untuk  itu ibu beli dua jersey Liverpool, satu untuk Naufal dan satu untuk Fahan.

Sifat mengamuk Naufal rasanya dah makin kurang dan boleh dikawal.

Setakat ini Naufal dan Isfahan develop a good understanding as brothers. Kalau Fahan buat sesuatu yang Naufal rasakan salah, Naufal akan jerit report pada ayah dan ibu. Cuma sekali sekala sahaja Naufal akan buli adiknya, ketuk kepala dengan CD dan sebagainya.


No comments: