Tuesday, January 13, 2015

Hari Pertama Persekolahan: 12 Januari 2015







Hari pertama sekolah setelah ditunda 2 minggu akibat banjir besar.

Macam biasa, susah nak kejut bangun. Kena pandai pujuk.

Tapi akhirnya Naufal berjaya juga bangun pukul 6 lebih setelah dijanjikan pizza oleh ibu.

Masa perbarisan, Naufal menahan tangisan kerana ada budak lain yang sama menangis. Akhirnya menangis jugak si Naufal sambil mengesat-ngesat air mata dengan tali leher.

Ibu menunggu sehingga waktu rehat. Meneman Naufal ke kantin untuk makan.

Nama kelasnya 1 Ikhlas. terletak di tingkat 3 yang paling atas sekali.

Lepas balik sekolah, ibu beli Pizza Hut RM18 seperti yang dijanjikan. Dan seperti yang dijangkakan Naufal makan seorang kesemuanya. Kemudian Ibu dan Opah hantar Naufal ke kedai gunting rambut.
Bila balik, Naufal ambik gunting kecil lalu menggunting rambut depan sendiri. Ibu dan OPha tak smepat nak menghalang kerana si Naufal lari naik keatas dan menutup pintu.

Pada hari kedua, Naufal hilang sewaktu balik. Jenuh ibu kehulu kehilir mencari, hatta sehinggakan keatas bilik darjah. Akhirnya jumpa juga di pondok pak guard. Ibunya cuti 3 hari dari Isnin ke Rabu untuk jenguk-jenguk Naufal.

Si Naufal masih tak pandai bergaual dan berkawan. Jadi banyak masa dia layan kepala dia sendiri je. Itu memang style dia sejak dari kecik.


CIkgu displin sekolah ni sangat garang orangnya. Katanya student mana yang naik tangga cikgu, dia akan kepakkan (patahkan) kakinya. Ganas.

Dear Naufal, hari pertama persekolahan memang mengelirukan. tapi yang paling sweet dalam kehidupan manusia. Hari pertama mungkin yang paling sukar, tapi kau akan adapt dan insyallah kau akan suka dengan sekolah. Apak kamu dulu (si Saat Omar tu) dulunya seorang yang sangat rajin pergi kesekolah. Rekod dia di sekolah Rendah ialah 100%. Itupun mungkin sebab ibunya sellau bekeras dan mendesak untuk dia kesekolah. Begitu juga dengan ibu kamu sekarang, Jalitah Hassan. Ibu tak pernah berputus asa untuk mengejut Naufal bangun pagi dan menyuruh mandi. Ingat jasa seorang ibu pada anaknya bila kamu dah berjaya (kalau berjaya) kelak.

School is cool. Dont let others says otherwise.

No comments: