Monday, January 19, 2015

Minggu kedua Persekolahan: 19 Januari 2015

 Sebelum pergi sekolah wrestling dulu dengan Fahan.




 Ayahnya taak boleh masuk sekolah dah. Kena hantar takat pagar je.

Alhamdulillah Naufal dah mula nak ke sekolah, walaupun pada 2-3 hari terawal dia taknak. Tapi berkat sabar dan pujukan ibunya, bangun juga Naufal setiap hari pada pukul 6.15.

Opah dah balik ke Tapah hujung minggu, jadi rutin harian pun berubah. Sejak hari ketiga, ayahnya yang hantar Naufal kesekolah naik motor. Tengahari ambil dan hantar balik ke rumah. Naufal akan buka pintu urmah dan laung "Opah Alang!"

19 Januari 2015, lepas ambik Naufal pukul 12.30, dia ikut ayahnya ketempat kerja di Puncak Perdana. Tapi susah jugak sebab ayahnya ada kelas dan Naufal tak boleh nak duduk diam. Mungkin next week kena hantar transit ke taska sama dengan Isfahan.

Minggu kedua parents tak dibenarkan hantar anak sampai kedepan sekolah. Hanya ditepi pagar sahaja. So ayahnya hantar si Naufal kedepan pintu pagar dan dia sendiri berjalan kaki ke perhimpunan pagi. Harap-harap dia tak melencong ke tempat lain dan akan sampai kekelas.

Ibunya bertanya pada cikgu tentang perkembangan Naufal dikelas. Katanya sama macama apa yang ayahnya selalu katakan "Naufal suka buat hal sendiri. Tapi dia dah pandai membaca!" kata cikgunya. Namanya Puan Zsa Zsa kalau tak silap.


No comments: