Monday, January 26, 2015

Minggu ketiga Persekolahan:21 Jan 2015

 pagi Selasa;22 Jan 2015. Hari ni semua terlewat bangun. Sedar-sedar dah pukul 7 pagi.







Macam biasa pagi Isnin Naufal susah nak bangun pagi sikit. Kena pujuk-pujuk baru dia bangun dan pergi mandi.

Hari ni sepatutnya Naufal balik sekolah naik van, tapi terlepas. Akhirnya dia berjalan kaki seorang diri sampai kehujung jalan. ada dekat satu kilometer dia berjalan. Dia terhenti ditengah jalan.Nasib baik ada seorang pemandu van perempuan yang tak dikenali ambik dia dan dihantar kesekolah.

Si ayahnya, motornya rosak. Terpaksa berjalan kaki ke sekolah dari bengkel motor. Sampai disekolah suasana depan pagar sudahpun lengang. Jam 1.30 tengahari. Sebelum sempat si ayahnya balik, dia ternampak sesusuk tubuh yang dikenali, duduk depan van yang dipandu oleh siapa entah sedang melintas. Ayahnya pun menjerit "Naufal!" van berhenti. Alhamdulillah. Dengan bantuan pemandu van yang baik hati itu si ayah menumpang untuk bawa Naufal balik ke taska.
Kata makcik/kakak tu lagi, dia jumpa Naufal berdiri ditengah-tengah jalan.

Pengalaman yang ngeri untuk permulaan minggu ketiga. Im sorry Naufal.

Budak lelaki ni satu kelas dengan Naufal. Baik budaknya. Dia yang selalu tolong bawak Naufal masuk dalam van selepas habis sekolah. Masa pintu pagar sesak dengan budak-budak sekolah yang berebut naik van masing-masing, budak ini (nama tak tahu) lah yang akan menjerit nama kawan-kawan lain, mengumpulkan semua dah bawa naik kedalam van. Harap Naufal boleh berkawan baik dengan dia.

No comments: