Tuesday, February 10, 2015

Minggu ke 4 Persekolahan. 2 Februari 2015.



 Naufal dan Danis. Baik budak ni. Dia yang selalu tolong Naufal naik van sekolah waktu balik.


Hari-hari pensil hilang. Hari hari ibu kena isi pensil baru dalam beg.Songkok hitam pun hilang.

Tapi Naufal dah mula ada minat dan faham rutin untuk kesekolah,walaupun setiap pagi ibu akan hingaq kejut Naufal untuk bangun pagi. Setakat ni hanya ibunya sahaja yang boleh mengejut Naufal bangun pukul 6 pagi.

Minggu ni ibu cuti, ngendap Naufal tiap kali balik sekolah, takut silapa naik van. Tapi selalunya akan ada budak satu van yang guide Naufal untuk naik kedalam van.

Hari Jumaat, cikgu taska cakap Naufal kena cakar kat muka masa balik sekolah agama.

Masa ayah hantar kekelas ada budak komplain. Katanya "naufal nakal." Hmmm....
Tapi dalam beberapa hal Naufal masih taak pandai untuk bergaul,berkawan.

Sehari ibu bagi duit belanja RM6. Sekolah pagi RM3 dan sekolah agama waktu petang RM3.







.


Hari Sabtu kita semua balik ke Tapah jumpa Opah. Pagi Ahad kita pergi piknik kat Batu 7.

1 comment:

Jaja Lita said...

skrg ni dah pandai demand nak duit poket lebih..