Wednesday, April 22, 2015

23 April 2015: Naufal suka tengok filem horror.









Hampir sebulan setelah last post.

Setelah cikgu suggest Naufal masuk kelas khas, tapi tiada berita apa apa pun.Kes Naufal memang masuk meeting, untuk mereka decide samada Naufal patut masuk kelas khas ataupun tidak. Tapi rasanya akhirnya cikgu buat decision untuk Naufal teruskan belajar dikelas biasa.

Naufal bukanlah budak yang nakal. Tak sure juga kalau dia ADHD ke, tapi dia memang mudah terpengaruh dengan TV dan kelakuan budak2 lain. Kalau dia cakar muka budak lain tu sebab dia terikut perangai budak-budak lain. Dan masalahnya bila budak lain kena cakar dengan Naufal,mereka pandai/boleh mengadu pada cikgu. Tapi bila Naufal pulak yang kena cakar, dia diam je.


Lately Naufal suka filem horror. Tiap malam dia akan naik ketingkat atas dan suruh ayahnya play filem horror. Tapi masalahnya sukar untuk cari filem horror yang sesuai untuk kanak-kanak. Bnayak filem slasher yg tak sesuai untuk Naufal, sebab ada elemen ganas. Ayahnya pun tak banyak koleksi filem horror. Hari tu pasang Evil Dead baru, tapi hmmm....ganas sangat. Takut Naufal kerat kaki school-matenya dikelas. Oh ya si Naufal memang sangat mudah terpengaruh.

Jadi filem horror yang kita tonton setakat ini hanyalah....

1) Ringu.

Naufal ada habit suka repeat same scene over and over again. Tabit itu mungkin dia dapat dari ayahnya. For example, ayahnya akan spend seharian dengar muzik Ramlah Ram(sebagai contoh)
Nanti ayah carilah filem horror yang lebih sesuai untuk Naufal.

No comments: