Wednesday, May 20, 2015

2 Mei-Mandi manda di Kuala Woh dan 21 Mei 2015 Sukaneka Sekolah Rendah Saujana Utama

 2 Mei 2015. Kuala Woh Tapah. Antara benda-benda yang Naufal boleh buat tanpa diajar-mengapungkan diri atas air.

 2 Mei 2015> di kedai gunting rambut kegemaran kita semua. Bila masuk je ke kdai Naufal terus naik atas kerusi tanpa disuruh. Rasanya dia enjoy rambutnya digunting.

 Tengah Mei ada mid exam. Ibu bertungkus lumus memastikan Naufal belajar. Malam sebelum peperiksaan lukisan.

 21 Mei 2015-Sukaneka sekolah.
 Boleh pulak Naufal duduk diam...

 Sebelum game bermula. Haus katanya. Terpaksalah ibunya berlari membeli air minum

 Menyorak rakan sepermainan.

 Inilah gamenya. Letak pundi atas kepala dan berlari...berlari ...dan melompat..dan pusing balik dan letak balik pundi atas kepala dan habis.

 Lompat Naufal lompat...

 Lepas habis game, haus katanya...

 Satu satunya budak yang dapat minum air lepas habis permainan

 Naufal dan pingat pertama dalam acara sukan sekolah. Dapat nombor tiga!

Dengan rakan sekelas. Paling kiri ketua kelas, Danial (atau Danish?) dan seorang lagi kawan.



Rutin Naufal setiap hari hampir sama. Ibu akan kejut semua pukul 6.30 pagi. Dan seperti biasa ibu akan hingaq sebab 2 perkara;

1) Naufal acuh tak acuh nak bangun pagi.
2) Banyak peralatan menulis Naufal hilang atau entah kemana.

Pagi 21 Mei tu baru kami tahu Naufal ada sukaneka hari tu. Kelam kabut juga dibuatnya. Ibu terpaksa ambik half day untuk tengok Naufal dalam Sukanekanya yang pertama. Ayah terpaksa ponteng kerja sekejap untuk kembali ke sekolah.

Sampai disekolah semua dah beratur.

Baju biru Naufal tertinggal. Terpaksa ayahnya balik kerumah dan ambik.

Kumpulan Naufal dapat tempat ketiga, ihsan dari Shuhada yang pantas berlari. Naufal bergerak agak slow sikit. Ini jauh bezanya dengan Naufal yang sangat ligat ketika berumur 3 tahun dulu. Mungkin factor berat badan membuatkan pergerakan Naufal slow sikit. Tapi yg penting, Naufal Berjaya juga ikut rules pertandingan. Alhamdulillah.

Game habis pukul 10.30. Hari Ahad ni ada lagi sukan sekolah.

Kemana sahaja Naufal dan ibunya pergi,kawan sekelas akan tegur. Itu mak Naufal ke?"
Selain tu banya kjuga budak sekelas mengadu "Pakcik,Naufal pukul dia, Pakcik Naufal cakar belakang saya", "Pakcik, Naufal selalu kena marah dengan pakcik van sebab lambat."
Hmm....
Kepada yang kena cakar dengan Naufal tu pakcik cuma ada satu nasihat je lah. Lawan balik. Cubit perut Naufal. Kalau tak makan jugak, lari atau report pada cikgu.




No comments: