Tuesday, January 24, 2012

23 Januari 2012: Cuti Chinese New Year



Penat sangat main air sampai tertidur.






Salam Naufal,

23 Januari kita balik ke Batu Kawan sempena CNY.

di Tapah, kata Opah Naufal pecahkan 6 bijik telur dari peti ais. Semuanya berterabur depan peti ais bila Opah kedapur. Kesian Opah. Nak buat macamana cucunya terlebih kreatif. Silap ayah banyak bagi video Teletubbies dan rancangan kartun Orang Putih hehe.

Kami bermalam di Tapah kemudian paginya kita bertolak ke Batu Kawan. Bukan selalu dapat balik ke Batu Kawan, dalam setahun mungkin hanya 2-3 kali kalau ada cuti panjang.

kali ni Naufal tak menangis bila sampai rumah Tok Wan. Naufal dah mula selesa di sana. di batu Kawan ada banyak kawan. Malam pertama Naufal tidur pukul 4 pagi.

23 Januari kita ke Bukit Merah Lake Resort untuk mandi manda. 2 kereta pergi.
Naufal main gelongnsor air macam naufal main gelongsor papan,sliding macam Superman.
Yang menarik tentang Bukit Merah Lake Resort ini adalah ombak tiruannya. jadi kita terasa macam dekat laut. Tapi ayah tak sempat mandi sebab sibuk jaga Naufal.

Pada hari Isnin petang (23 Januari 2012) kita ke jeti Batu Kawan. naufal sempat kakcau seorang kanak-kanak perempuan yang meniup belon. Bila budak perempuan tu takut dan beralih, Naufal macam nak pegang bahu dia dari belakang. Sekumpulan keluarga Cina yang berkelah berhampiran pun ketawa melihat gelagat Naufal.

Kita pulang ke Tapah pada hari Selasa lepas makan tengahari.


**********
Naufal masih tak bercakap. Kata Opah naufal boleh bercakap tapi malas. Cuma dah mula suka menyanyi surah dan lain-lain. Kalau tengok Channel Astro 106 orang lain tak boleh kacau. Kalau kacau naufal akan menjerit kuat. Kadang-kadang Naufal tumbuk orang dibelakang.

Ada unsur-unsur kedekut sikit pada diri Naufal- sukar nak berkongsi makanan. Tapi kalau orang ambil dari kau, Naufal tak membantah.

8 Februari 2012
Opah cakap remote Astro dah rosak. Naufal campak dalam kolam air.
Yong tolong beli remote Astro baru tapi tak boleh pakai. Jadi Yong hantar balik ke kedai tu. Hanya boleh tengok channel 106.

Ayah beli remote Astro dari pasar malam dan hantar post kat mak. Kata ibu ada kod kena tekan baru remote boleh pakai.

Semalam Opah cakap tikus bawak lari naufal punya botol susu.(ini kisah benar ok) jadi Opah beli botol susu baru dari kedai Katik. Mula-mula Naufal taknak minum. Akhirnya minum juga, kata Opah.





No comments: