Thursday, May 10, 2012

Mei 2012






Dear Naufal,

awal Mei kami pulang ke Tapah. dapat 2 hari melepak dengan kau.

DVD dah rosak dan VCD banyak yang dah bercalar. Mungkin suatu hari nanti ayah akan belikan DVD player baru untuk Naufal. kerana setakat ini DVD dan VCD penting dalam perkembangan pendidikan kau.

Kau masih belum boleh bercakap. kalau ada yang katakan itu mungkin dialog dari tv "Jangan risau" itu perkataan kegemaran kau. Tak tahu dapat dari mana.

kau makin besar, perut pun makin besar.

Ketika ini kau masih pakai pampers. Kena belajar macamana nak buang air besar tanpa pampers, selagi tak boleh selagi tu tak obleh belajar di taska.

Opah cakap kadang-kadang sampai pagi kau tak tidur. Bising. Jiran India sebelah pun tahu kau tak tidur malam.

Setakat ini Naufal develop a good relationship dengan adik kau.Suatu hari nanti kau mesti akan tanya kenapa hanya kau ada seorang adik sahaja. yang sebenarnya ayah memang kalau boleh nak ramai keluarga. Tapi ekonomi zaman sekarang tak mengizinkan. Kalau ada anak seorang lagi ayah nak perempuan pula.


Naufal, ketika ini youre at the best part of your life. Menjadi kanak-kanak adalah saat paling manis dalam hidup manusia. bagi sesetengah orang. kadang-kadang ayah tak mahu kau terus membesar.

22 Mei 2012
Opah cakap Naufal dah tak pakai pampers. Ini perkembangan baik. Sebab kalau Naufal dah tak pakai pampers boleh hantar ke taska. Dan lagipun pampers mahal,kesian Opah nak beli selalu.

Opah cakap Naufal kalau nak kencing dan buang air besar pergi ketandas sensdiri. dan lepas tu taknak pakai pampers. Baguslah kalau macam tu. Perjalanan untuk jadi dewasa bermula dengan tak pakai pampers :)

1 comment:

Jaja Lita said...

rindu naufal..!!!... be good ya naufal...