Sunday, July 1, 2012

1 Julai 2012: Euro Cup

Naufal dan ayah yang asyik lapar 24 jam



Pada 1 Julai ayah dan ibu balik keTapah untuk perkhawinan seorang kawan lama di Kampung Bahagia.

Kami sampai tengahari Sabtu.

Terkejut tengok Naufal dah makin mantap, berisi dan besar. Sebenarnya bukan saja Naufal tetapi ayah pun sama dan makin debab.

Kau dah pandai bercakap beberapa perkataan tapi masih gibberish. Dah pandai panggil ayah. Cuma untuk ibu sesekali naufal guna ' ibu' dan kadang-kadang panggil 'mak'.

Kad pengenalan naufal dah hilang. Bersama dengan IC dan kad ATM Opah. Opah pun dah lupa macamana boleh hilang. Mungkin semasa beli barang di pekan Tapah.

Kata Opah TV jugak rosak sebab Naufal masukkan susu belakang TV. Tapi bila Ayah tengok balik, kena masukkan nombor kod sahaja. Lepas beli remote control TV baru TV tu jadi elok semula.

Hari Ahad tu naufal dan Opah ikut kami pulang ke rumah di Shah Alam.
Pada mulanya Opah taknak ikut pulang ke Saujana Utama, sebab ada kenduri rumah kak Peah dan juga sebab nak berurut dan lain-lain lagi. Tapi akhirnya Opah setuju sebab kesian dengan Naufal yang lama tak ke SU.


naufal dah tak pakai pampers. Tapi kalau nak kencing kena ingatkan untuk ke tandas. Biasanya pada waktu pagi dan sebelum tidur. kau juga dah pandai cucur air.


Sekarang Naufal tak lagi teruja dengan channel 106. Kalau dulu kata Opah kau akan berlari kedepan TV walau tengah mandi untuk dengar bacaan Quran. Sekarangn tak lagi. video-video pendidikan pun tak menarik perhatian kau sangat. Tapi masih agenda utama kau adalah menonton TV. Cuma kau dah mula discover channel-channel yang lain. 


Opah dah pun janji nak sekolahkan Naufal di Saujana Utama. 2015 Insyallah Naufal akan mula bersekolah darjah satu. Semntara itu anggaplan tinggal di Tapah sebagai satu vacation.

Sementara itu Euro Cup sedang berlansung dan Spain mengalahkan Itali 4-0 difinal. Spain dianggap antara pasukan terhebat didunia.

6 Julai 2012
Pagi ini jari Naufal terkapit pintu grill masa ayah nak pergi kerja. Ayah nak tutup pintu dan Naufal berdiri ditepi. ayah tak perasan jari naufal memegang besi. dan kau lambat memberi reaksi. Lepas ayah buka balik pintu tu Naufal terus berlari ke Opah dan menangis. Tapi naufal menangis kejap je, menitis air mata sikit. Kemudian diam balik.

Setiap malam semasa naufal ada disini membawa adventure yang berbeza. naufal tidur lewat dan Isfahan pun ikut tidur lewat. kadang-kadang dah macam nak tidur tapi tiba-tiba bangun dan terus kacau semua orang.

10 Julai 2012
Ini rutin biasa setia pagi. Ayah akan belikan Opah dan naufal roti canai ataupun nasi lemak sebelum pergi kerja. Kadang-kakdang kau ikut ayah. dan pagi 10 Julai ni Naufal ikut ayah, dan bila ayah masuk ke kedai Mydin untuk membeli roti dan beras, naufal kencing atas motor.
Pada mulanya ayah tak perasan. Ingatkan air hujan yang turun dari baju hujan atas motor. Tapi ayah tengok lebat semacam je. Nasib baik ayah tak bawak naufal masuk dalam kedai Mydin. Kalau tak.....tak tahulah macamana ayah nak lap balik lantai kat Mydin tu  .Ayah tak bawa kau masuk sebab kasut kau tertinggal (alhamdulillah kasut kau tertinggal)
Bila sampai rumah ayah cerita pada Opah dan ibu, mereka ketawa.


1 comment:

sari fardiana said...

Saya suka baca blog en.saat. ade rasa sedih, terharu, gembira, kelakar dan macam2 perasaan. Tapi yang buat saya ketawa terbahak2 semasa baca catatan 10 July 2012. Ketawa sampai keluar air mata.